Viral
Video Mat Salleh Ini Dikritik Netizen Gara-Gara Buat Tutorial Makan Nasi Guna Pisau & Garfu
Seorang individu dan sebuah kandungan pendek menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen gara-gara memuat naik tutorial untuk menikmati sepinggan hidangan lengkap yang terdiri daripada nasi, ikan dan brokoli.
Dikritik
Kecaman yang diterima itu berpunca gara-gara cara individu tersebut menikmati hidangan yang disediakan dengan menggunakan pisau dan garfu.
Lebih mengejutkan, individu tersebut menggunakan bahagian belakang garfu untuk menyuap nasi yang terhidang.
Sudah tentu, pelbagai komen ditinggalkan oleh netizen. Ada yang memberitahu cara betul untuk menikmati nasi adalah sama ada menggunakan kayu penyepit, sudu atau tangan.
Ada juga yang menyindir individu terbabit dengan menyifatkan caranya itu sama seperti menikmati sup dengan menggunakan garfu.
Video yang diberi judul Rice Etiquette - How To Eat Rice Continental Way itu telah menerima lebih 2 juta tontonan dan lebih 11 ribu komen daripada netizen.
Sumber: Facebook