Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Menyanyi & Bergelek Di Majlis Akikah, Ifa Raziah, Kak KM Dikecam Netizen - “Mana Nak Dapat Keberkatan”

Izwan Isa 10/08/2022 | 22:50 MYT

Majlis akikah merupakan acara yang seringkali menjadi pilihan buat ibu bapa untuk anak-anak yang baru lahir.

Dalam Islam, akikah juga merupakan acara sembelihan haiwan yang dilakukan sebagai tanda bersyukur kepada Allah atas kelahiran zuriat yang dikurniakan.
Namun, lain pula ceritanya dengan sebuah majlis akikah yang dihadiri oleh penyanyi Ifa Raziah dan pengsohor media sosial, Kak KM.

undefined
Tidak seperti individu normal biasa, kedua-dua selebriti itu dilihat bergembira sakan dengan melakukan aksi bergelek serta menari mengikut lagu yang didendangkan ketika menghadiri majlis akikah berkenaan.
Menerusi beberapa video yang tular di platform TikTok, ramai dalam kalangan netizen yang berasa kecewa dan menyifatkan perbuatan mereka itu sebagai tiada adab.
undefined
“Mana nak dapat keberkatan dalam majlis akikah ni? Allah.”
“Majlis apa sebenarnya ni? Confuse betul rasa.”
“Majlis akikah dah macam apa tu… dengan Kak KM tergelek-gelek. Allahuakhbar.”
“Kak KM tu aduhai kot ye majlis akikah kot.”
Sebelum ini, Kak KM pernah menerima teguran daripada netizen selepas tindakannya menepuk punggung beberapa usahawan wanita popular viral di media sosial.

#Ifa Raziah #Majlis Akikah #Kak KM
;