Laman Utama
[VIDEO] Mesra Dengan Anak-Anak, Netizen Mahu Lihat Wan Sharmila Berjodohan Dengan Shuib? - “Paling Sepadan Antara Banyak-Banyak…”
Nama pelakon Wan Sharmila tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila foto mesranya dengan ibu kepada pelawak Shuib Sepahtu sewaktu menghadiri majlis tahlil arwah Siti Sarah Raissuddin tular baru-baru ini.
Tidak hanya kehadiran Wan Sharmila diperkatakan, malah ada juga dalam kalangan pengguna media sosial yang mahu melihat wanita itu menjalinkan hubungan istimewa dengan Shuib.
Begitupun, sorotan terhadap Wan Sharmila bersambung lagi apabila ibu Shuib memuat naik sepotong video yang memperlihatkan anak-anak kepada Shuib memeluk Wan Sharmila.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok itu, kelihatan Talita dan Martin berlari kecil apabila melihatkan kehadiran Wan Sharmila.
Namun begitu, ibu Shuib sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sebuah video di TikTok, memaparkan anak-anak pelawak itu memeluk Wan Sharmila.@amysalmi22 ♬ Pelangi Petang - Dato' Sudirman
“Paling sepadan antara banyak-banyak yang dikenenkan.”
“Semoga berjodoh. Lala (Wan Sharmila) penuh kelembutan dan keibuan. Semoga dapat memberi sinar baharu untuk kehidupan anak-anak arwah.”
“Doa yang baik-baik je anak-anak Shuib masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu.”
Begitupun, ada juga yang mendakwa kedekatan Wan Sharmila dengan Shuib dan anak-anaknya adalah disebabkan Wan Sharmila merupakan duta tudung yang diusahakan Shuib.
“Rasanya Shuib belum bersedia nak berkahwin. Si Lala ni rasanya jadi duta untuk dia punya tudung kot,” ujarnya.
Must-Watch Video