Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”

Asyikin Mayudin 04/02/2023 | 09:50 MYT
Pelakon Azwan Kombos membuat pengakuan berani dengan mengatakan dia sudah berkahwin lain dan mempunyai anak luar nikah.

Azwan menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok turut memohon maaf kepada isterinya yang juga pelakon Ezzaty Abdullah.

“Saya Azwan Kombos, saya nak minta maaf dekat isteri sebab saya kahwin lain. Dia marah dengan saya, bila saya nak borak, dia tak nak borak dengan saya. Bila saya ajak keluar, dia tak nak.

“Tapi tula, saya minta maaf sebab saya nak kahwin dengan orang lain… eh saya dah kahwin dengan orang lain. Lepas itu ada anak luar nikah… astaghfirullahalazim,” katanya.

Bagaimanapun, Azwan menjelaskan segala yang berlaku itu bukanlah perkara betul sebaliknya ia hanya terjadi dalam mimpi isterinya sahaja.

“Saya nak minta maaf dengan dia walaupun semua itu berlaku dalam mimpi dia saja. Saya harap mimpi itu tidak berulang lagi la,” jelasnya lagi.

Ezzaty turut berkata dalam mimpi itu juga dia memfailkan saman terhadap Azwan sebanyak RM200 juga kerana memilih wanita lain.

“Lepas itu I suruh you pilih tapi you pilih dia. Lepas itu I saman you RM200 juta. You cakap, anak macam mana. I cakap tak kisah anak luar nikah tu, yang penting anak-anak I kaya raya,” katanya.

Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada tahun 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Harum Dalia serta Ahmet.

undefined
#Azwan Kombos #Ezzaty Abdullah #Azwan #Ezzaty #Azwan Ezzaty #Azwan kahwin lain
;