Laman Utama

[VIDEO] Momen Pu Riz Peluk Keluarga Di Majlis Konvokesyen Undang Sebak Netizen; “Sedihnya, Pertama Kali Tengok Ayah Bilal Menangis…”

Shahrin Zulkifle
06/12/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Momen Pu Riz Peluk Keluarga Di Majlis Konvokesyen Undang Sebak Netizen; “Sedihnya, Pertama Kali Tengok Ayah Bilal Menangis…”

Penceramah selebriti popular Haris Ismail atau mesra disapa Pu Riz telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua baru-baru ini.

Kejayaan Pu Riz menerima ijazah pada istiadat majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) turut diraikan oleh isteri, Neelofa dan ahli keluarganya.

Malah Neelofa menerusi IG Stories turut berkongsi momen terujanya dengan memberikan sorakan kuat sewaktu Pu Riz berada di pentas.

BACA: [VIDEO] “Siapa Suruh Bawa Bini…” - Teman Pu Riz Konvokesyen, Neelofa Bersorak Buat Suami Tersipu Malu

Perkongsian Neelofa memberikan sorakan kuat pada suami menjadi tular di pelbagai platform media sosial selepas dimuat naik semula oleh peminatnya.

Dalam pada itu, turut tular sepotong video yang merakamkan detik Pu Riz berpelukan bersama ibu dan ayahnya sebagai tanda syukur sehingga mengalirkan air mata.

@teamustazhariss
TAHNIAH USTAZ HARIS! ????‍??
♬ Ayah Dan Ibu - Dato' Sudirman

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terharu melihat momen indah antara anak dan kedua ibu bapanya itu.

Malah, tidak kurang juga yang ikut sebak melihat ayah kepada Muhammad Bilal itu gagal menahan air matanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar