Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] “Muhammad Sajjad Tidak Bertanggungjawab!! Dia Umpama Dajal Sebar Fitnah Tanpa Bukti!” - Mustika

Shahrin Zulkifle 23/11/2022 | 09:00 MYT

Kecoh di laman sosial ketika ini nama usahawan kontroversi Nur Sajat yang sedang menjadi perhatian wargamaya apabila dilihat saling membalas kenyataan dengan adiknya, Mustika.

Menerusi satu muat naik di Instagram, Mustika mendakwa Sajat adalah seorang penipu dan mendedahkan bahawa usahawan itu juga cuba ‘membunuh’ serta membuka aib dirinya.

“Aku tak kacau kau, aku nak cari rezeki untuk keluarga. Kau tak ada anak Sajat. Kau tak tahu apa rasanya jadi perempuan hidup dengan segala penipuan kau.

“Ingat muda kita penuh jahil, mati kita penentu segalanya. Kau tabur fitnah, bukak aib, guna segala duit untuk control media.

“Kau tak ada perniagaan, kau sekarang kerja apa pun aku je tahu tapi kau guna duit tu untuk bunuh adik kau sendiri.

“Kau dengan segala penyokong kau sibuk berkempen jatuh kan aku. Kau berani kau live dengan aku! Live la!!! Penakut,” ujarnya.

A post shared by Mustika (@must1ka88)

Dalam masa sama, Mustika turut mendedahkan sikap sebenar Sajat yang cuba mengaut keuntungan daripada perniagaan yang sebelum ini pernah diusahakan.

“Aku ada kebenaran dalam tangan aku! 34 tahun aku kenal kau! Aku lah adik yang di pijak supaya kau naik! 50k aku tolong kau ketika tiada siapa percaya kau boleh buat business!

“Penipu!!! Kau penipu makan duit orang ramai! Kak Watie yang setia daripada mula kau naik pun kau sedaya jatuhkan, saman dan malukan. Itu keluarga kau! Cousin kau! Sebab kau penipu la dia menang kes saman tu!,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mustika berkata adik bongsunya turut menjadi mangsa kepada penipuan Sajat.

“Dan begitu la nasib semua yang penah kenal Muhammad Sajjad. Adik bongsu kau pun kau buat smpai blacklist!

“Pinjam akaun adik bongsu kau smpai dia tak boleh buat pinjaman, apa jadi dengan hidup dia? Apa jadi dengan hidup aku? Muhammad Sajjad tidak bertanggungjawab!! Dia umpama dajal sebar fitnah tanpa bukti!”, tambahnya.

@irahhashim Sajat gaduh dengan adik dia #sajat #mustika ♬ original sound - irah hashim

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Mustika #sajat #Gaduh #TikTok
;