Laman Utama
[VIDEO] Nabila Huda Baru Buka Akaun TikTok, Tak Sangka Muka Terus Jadi Putih; “Patutlah Saya Nampak Ada Artis…”
Baru saja mula menggunakan TikTok, pelakon Nabila Huda berasa geli hati apabila wajahnya berubah menjadi lebih putih ketika membuat video di aplikasi tersebut.
Bukan sahaja lebih putih, malah Nabila memberitahu suaminya bahawa TikTok juga boleh membuatkan wajah nampak kurus.
“I tengah nak explore TikTok, tapi masalahnya sekarang kenapa muka aku warna putih? Patutlah ramai suka TikTok ni sebab dia macam muka terus jadi putih.
“Lepas itu kan, boleh edit muka. Awak tahu tak sayang, TikTok ni dia boleh kuruskan muka lagi. Patutlah saya nampak ada artis-artis post TikTok muka kurus je sayang.
“Serius la muka I jadi lonjong… bukan main putih betul muka aku. Mata pun boleh besarkan,” kata Nabila sambil ketawa.
Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil turut berkongsi video TikTok itu di Instagram miliknya.
Anak kepada penyanyi Amy Search itu mula membuka akaun TikTok dengan menggunakan nama Abilsuhaimi pada Sabtu lalu dan kini sudah mempunyai lebih 16,000 ribu pengikut.
Biarpun masih baharu, namun video-video yang dikongsikan Nabila juga mendapat tontonan yang tinggi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!