[VIDEO] Nasi Lemak Ibu Tunggal Makin Laris, Ada Pelanggan Gigih Datang Dari Perak!
Tular di laman TikTok video seorang ibu tunggal yang menjual nasi lemak dengan membuka sebuah gerai secara kecil-kecilan di Sentul, Kuala Lumpur.
Mula berniaga sejak seminggu lalu, wanita yang dikenali sebagai Mya tidak menyangka apabila nasi lemak yang menggunakan resepi keluarga habis terjual setiap hari selepas diserbu orang ramai.
undefinedMemetik Harian Metro, Mya mendedahkan ada pelanggan yang sanggup datang dari Cameron Highlands dan Perak untuk merasai air tangannya itu.
Tidak hanya itu, ada juga pelanggan yang sanggup membayar kos penghantaran dari Sentul ke Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam dan beberapa kawasan Lembah Klang yang lain.
Menjengah ke ruangan balas pada perkongsian Mya, rata-rata wargamaya mendoakan perniagaan ibu kepada dua cahaya mata terus laku selain ada yang sudah mencuba dan mengakui nasi lemak tersebut ternyata sedap.
“Hadir support, memang sedap! Semoga urusan sis dan keluarga dipermudahkan. Amiin,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, semoga terus berjaya. Rezeki awak dan keluarga,” kongsi seorang warganet.
“Nanti saya datang bawa geng, terus success kak!,” komen seorang netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dan 100 ribu tanda suka.
Sumber: Harian Metro
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.