Laman Utama

[VIDEO] “Nasib Baik Saya Tak Latah, Kalau Tak…” - Siti Nurhaliza Geli Hati Kongsi Semula Momen Pelayan Terkejut Ketika Terserempak Dengannya

Izwan Isa
08/08/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] “Nasib Baik Saya Tak Latah, Kalau Tak…” - Siti Nurhaliza Geli Hati Kongsi Semula Momen Pelayan Terkejut Ketika Terserempak Dengannya
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut melahirkan rasa geli hati apabila video yang menampilkan seorang pelayan yang terkejut selepas terserempak dengannya viral di media sosial.
Menerusi video berkenaan, Siti dilihat sedang bersiap sedia untuk memasuki pekarangan dewan Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bagi memulakan persembahan Queen Of The Night yang berlangsung malam Sabtu lalu.
Namun, secara tidak sengaja, seorang pelayan yang kebetulan muncul dari arah bertentangan dilihat terkejut dan dulang yang dibawa nyaris terkena wajah Siti.
“Momen sebelum masuk dewan… hehehe. Tanjat hadek. Saya pun rasa adik waiter tu terperanjat tengok saya.
“Tapi Alhamdullillah, takda apa-apa berlaku. Pinggan tak pecah dan saya perform macam biasa. Nasib baik saya tak latah, kalau tak dah keluar silat pulut saya tau!” tulis Siti.
Menerusi ruangan komen, ramai yang turut ikut ‘ketawa’ dengan video yang diulang kongsi oleh Siti itu.
“Dia terkejut nampak bidadari tu,” ujar penyanyi dan pelakon Nabila Razali.
“Nasib baik tak jatuh. Terkejut sangat tu,” tulis pelakon Nadia Brian.
“Hahahahaha berikan aku kekuatan ya Allah,” repons penyampai Era, Radin.
Pada malam berkenaan, Siti menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Purnama Merindu, Seribu Kemanisan, Anta Permana dan juga Cindai.
Persembahan pada malam itu dianjurkan oleh Be De Paris khusus untuk menghiburkan golongan B40 dan mendapat tajaan oleh Yayasan Metamorphosis.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar