[VIDEO] Neelofa Hariz Kecek Bahasa Arab Sampai Terpeleot Lidah Buat Netizen Terhibur
Mencecah 2 Juta tontonan dalam masa sehari di Tiktok, klip pendek Neelofa dan Hariz berborak dalam bahasa Arab buat netizen terhibur.
Manakan tidaknya netizen terhibur apabila Neelofa atau pemilik nama aslinya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menulis pendek “Terpeleot lidah aku” di dalam klip tersebut.
“Baru nak ‘wahhhhh’, tapi bila kak lofa cakap terpeleot hilang kejap insecure. Hahaha.
“Saya sampai kena tengok banyak kali, sebab lucu.
“Hahahahaha terhibur part ‘terpeleot lidah aku’.
“Neelofa ni kelakar, Nampak sahaja macam serius, hehe,” antara usikan manja wargamaya.
Pun begitu, di antara ribuan komen di ruangan balas, hadir seorang pengguna Tiktok yang menterjemahkan ayat yang digunakan oleh Abah dan Ummi kepada Muhammad Bilal itu.
Pu Riz : Esh yadak ya zaujati ? Maksud : apa pada tangan kamu ini wahai isteriku?
Neelofa : Hazihi henna Nunha. Maksud : ini inai Nunha.
Untuk rekod, Neelofa dan Hariz sah bergelar suami dan isteri pada 27 Mac tahun lalu yang berlangsung di Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhmmad Bilal pada Januari yang lalu.