Laman Utama
[VIDEO] Neelofa Kongsi Momen Bahagia Bersama Suami & Anak, Netizen Masih Selidik Wajah Bilal - "Dari Tepi Nampak Macam Jebat"
Apa sahaja perkongsian berkenaan dengan anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz atau Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal pasti menjadi perhatian netizen.
Terbaru Neelofa berkongsi video di TikTok memperlihatkan suaminya sedang bermain dengan anak mereka.
Menerusi perkongsian tersebut, bekas pengacara program MeleTOP berkata meluangkan masa bersama suami dan anak merupakan salah satu penyebab dirinya bahagia.
“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, bercuti dan sudah tentu berniaga
“Love you both,” tulis Neelofa.
Bagaimanapun, kali ini Neelofa mengambil keputusan untuk menutup ruang komen tanpa memberi sebarang penjelasan.
Biarpun tidak dapat meninggalkan komen, peminat tetap mahu berkongsi keterujaan dengan memuat naik semula video itu di akaun laman sosial mereka.
Menurut peminat, wajah Bilal sama seperti sepupunya, Jebat Jayden yang juga anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila.
“Ikut cousin dia la muka tu.
“Muka dia dari tepi macam Jebat!” komen peminat.
Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@neelofa ♬ original sound - neelofa
Must-Watch Video