Laman Utama
[VIDEO] Netizen Dakwa Siti Jamumall Propa Sakit, Siap 'Ditidurkan' & Dibedah - "Sakit Bukan Boleh Buat Main"
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menepis dakwaan netizen yang tergamak menuduh dirinya sengaja berpura-pura sakit demi secebis konten.
Menurut Siti, dia ditidurkan semasa menjalani pembedahan bagi mengenalpasti penyebab benjolan di leher, pada petang Jumaat.
Tegas Siti, 23, dia tidak tergamak menipu orang ramai hanya untuk mengejar populariti semata-mata.
"Benjolan itu dah beberapa bulan yang lepas. Tapi baru-baru ini, saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan sebab makin membesar.
"Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma.
"Nak kata saya buat ‘marketing’, memang tidak. Saya dah masuk hari ketiga di wad. Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main.
"Kalau nak kata saya sengaja demi konten, memang tak sanggup. Takut berbalik dekat diri sendiri.
"Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus," katanya ketika dihubungi.
Siti Jamumall tak tersinggung
Tambah Siti, dia langsung tidak tersinggung dengan komen-komen kasar di TikTok.
"Saya influencer jadi apa saja berlaku dalam kehidupan akan viral dan ramai orang tahu.
"Saya baca komen-komen netizen. Dari mata saya, mereka ini baru mengenali saya. Kalau individu yang dah lama kenal, mesti tahu karakter saya macam mana.
"Nak terasa hati rasanya bagi saya tidak perlu. Sebab tak ramai pun yang mengutuk. Biasalah kehidupan, tak semua orang suka kita.
"Jangan pandang yang negatif. Kita ambil positif saja," katanya lagi.
undefined
Sakit pun fikir fasal abang!
Meskipun sedang sakit, pemilik nama Siti Suriani Wahiddin tetap memikirkan keadaan abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU) serta anak-anak.
"Saya dari kecil memang jaga abang yang (OKU). Jadi bila saya ditahan di wad, rasa risau itu muncul memikirkan siapa yang akan menjaga mereka di rumah.
"Walaupun saya mampu saja untuk membayar orang lain untuk mengambil alih tetapi tetap tak sama.
"Dah terbiasa selalu nampak mereka di depan mata. Itu yang boleh timbul perasaan sebak," kata Siti.
Dalam pada itu, pengasas produk ini memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti biasa.
“Yang mana mengenali saya, harapnya mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Semoga saya juga kembali sihat seperti sediakala,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.
Terdahulu, Siti pernah viral sekitar Jun tahun 2021 apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain.