Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Netizen Spekulasi Kata Sakit Sebab Ambil Suplemen, Nad Zainal; “Tolong Jangan Memandai!”

Shahrin Zulkifle 25/12/2022 | 05:00 MYT

Pelakon Nad Zainal menolak dakwaan sesetengah pihak yang berkata punca dia ditidurkan dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) adalah disebabkan pengambilan suplemen.

Malah, pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin, 32 turut menolak spekulasi mengenai sakit yang dihadapinya itu berpunca daripada kesan jangkitan COVID-19.

“Saya ingin jelaskan di sini, keadaan yang menimpa saya adalah tiada kaitan dengan pengambilan supplement yang saya iklankan di Instagram atau TikTok saya.

“Malah, saya juga sakit bukan kerana long covid, saya sakit disebabkan masalah paru-paru berdarah.

“Tolonglah korang jangan memandai, selagi saya tidak bercakap atau ahli keluarga saya tidak membuka mulut mengenai hal sebenar, jangan sesuka hati berkata, tidak elok,” katanya.

Nad berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya pada Sabtu.

undefined

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia perlu mengambil sebanyak 11 jenis ubat setiap hari bagi membantu proses penyembuhan sakitnya.

“Sekarang ini saya masih dalam proses penyembuhan, saya masih lagi perlu memgambil ubat-ubatan yang sangat banyak, setiap hari 11 jenis ubat saya perlu ambil. Doakan saya sembuh,” tambahnya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan telah ditidurkan selama lebih sebulan.

#Nad Zainal #Ungku Ismail #ICU
;