Laman Utama
[VIDEO] “Orang Arab Ni Keras Kepala, Pengotor” - Bonda Rozita Kongsi Pengalaman Mengerjakan Umrah
Sepanjang berada di Mekah bagi mengerjakan umrah, ibu kepada usahawan Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita sering berkongsi perkembangannya menerusi hantaran di Instagram.
Terbaharu, Bonda Rozita bercerita mengenai pengalamannya ketika bersiar-siar di Taif, sebuah bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi.
“Taif, kota lama, banyak kaktus dan buah-buahan dijual di sini. Singgah di bandarnya yang sunyi, binaan sangat lama, tak mewah. Mahal kos umrah kalau minta bawa ke mari. Saya naik kereta ronda kawasan bandar Taif waktu siang.
“Saya tak shopping macam jemaah lain… beg beranak. Tak ada apa saya nak beli. Sebenarnya, pergi ke sini mengingatkan saya kepada Sepanyol. Bezanya orang yang yang jaga prestij dan budaya. Bangsa Sepanyol tak kata pun tapi cara pentadbir negara tu penting. Pelancong suka selain alam yang cantik, heritage, bersih dan kemas.
“Orang Arab keras kepala, pengotor, tak berseni mereka ni sokong ke AS. Kalau Jedah pembangunan terkini super moden, macam nak lawan Dubai,” katanya.
Pendapat Bonda Rozita turut disokong oleh seorang netizen yang turut mengalami situasi yang hampir serupa.
“Betul pandangan dan pemerhatian Bonda. Saya pernah tertanya-tanya sendiri kenapa negara Islam kebanyakkannya kotor… contoh orang Arab meludah sana sini, keras kepala pulak tu.
“Terbalik pula dengan negara bukan Islam sangat bersih, jujur dan peramah. Ada kawan beritahu itulah ujian untuk orang Islam. Bayangkan macam mana susahnya Rasulullah SAW nak berdakwah pada masyarakat dulu-dulu,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!