Laman Utama
[VIDEO] Orang Kurang Siuman Kenal Wak Doyok & Minta Rokok - “Curut Ada Lah…”
Pempengaruh dan pelakon, Wak Doyok apabila didatangi seorang lelaki yang difahamkan orang kurang siuman meminta rokok.
Namun, Wak Doyok tak dapat memenuhi permintaan pemuda itu sebaliknya hanya memberikan duit sebagai sumbangan atau sedekah kepadanya.
“Berlaku satu peristiwa ketika sedang ngopi ngopi (minum) di restoran Arab. Tiba-tiba datang orang kurang siuman minta rokok pada aku.
“Aku cakap rokok tak ada curut ada lah. Pastu aku bagi dia duit suruh beli makanan je. Sorry capai dari atas,” ceritanya.
Wak Doyok berkongsi kisah itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi video yang dikongsi Wak Doyok dilihat berada di restoran tingkat atas telah pun melepaskan duit sumbangannya ke bawah.
Pemuda yang berambut kusut serta baju lusuh itu kemudian kelihatan gembira dan terus ke tengah jalan dalam keadaan kereta sedang berhenti.
Bagaimana pun apa yang membuatkan Wak Doyok hairan adalah pemuda itu dikatakan mengenalinya.
“Yang aku hairan dia boleh kenal aku walaupon dia kurang siuman…,” tambahnya.