Laman Utama

[VIDEO] Puteri Sarah Kongsi Cerita Disebalik Babak Amuk Pada Shukri Yahaya - “Masa Shoot Ini, Hari Yang Sama...”

Asyikin Mayudin
19/03/2023
09:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Puteri Sarah Kongsi Cerita Disebalik Babak Amuk Pada Shukri Yahaya - “Masa Shoot Ini, Hari Yang Sama...”
Baru-baru ini tular babak lakonan Puteri Sarah Liyana mengamuk dengan pelakon Shukri Yahaya dalam drama siri Andai Itu Takdirnya.
Rata-rata netizen berasa puas hati menonton babak tersebut malah ada juga yang beranggapan Puteri Sarah seakan-akan meluahkan kemarahan yang dipendam.
Ia disebabkan dialog yang dilontarkan kepada Shukri yang membawa watak sebagai Syed Azri itu disampaikan dengan penuh perasaan.
Puteri Sarah menerusi ruang komen di video yang dikongsikan di Intagram memberitahu babak itu dirakam secara ‘one take’ dan kebetulan penggambaran itu dilakukan pada hari dia memfailkan perceraian.
“Sekali take sebab masa shoot ini hari yang sama fail cerai,” komen Puteri Sarah yang membalas pertanyaan netizen mengenai cara dia menhayati momen itu.
Selain Puteri Sarah dan Shukri, drama Andai Itu Takdirnya turut dibintangi oleh Hanna Delisha, Dayang Areeda dan Idzham Ismail yang masih ditayangkan di Astro Ria bermula 6 Mac lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar