Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Ramli MS Sambut Ulang Tahun Ke-64, Alyah Dedikasi Ucapan Istimewa; “ I Love You Honey”

Shahrin Zulkifle 18/11/2022 | 12:00 MYT
Pengarah muzik popular Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-64 tahun hari ini.

Bersempena hari yang cukup bermakna itu, isterinya yang juga seorang penyanyi Datin Alyah telah mendedikasikan satu ucapan yang cukup istimewa buat suami tercinta.

“Happy birthday, semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah S.W.T di dunia dan akhirat.

“Allah berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.

“Ketahui bahawa aku juga manusia biasa bila-bila saja mampu lakukan kekilafan, I love you honey,” ujarnya.

Alyah berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Alyah turut memuat naik satu video memperlihatkan gelagat Ramli yang sedang sibuk bermain snuker sebelum menantikan detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari lahirnya.

“Tahun ini tak ada surprise, konsep terus terang sahaja katanya. Bila dia tanya apa itu, saya pun jawab kek. Hari jadi awak nanti malam makan dengan kawan ya,” tambahnya.

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Untuk info, Ramli dan Alyah telah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.

Terdahulu, Ramli telah mendirikan rumah tangga pertamanya bersama seorang produser muzik, Jennifer Thompson dan mereka berdua telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli.

#Alyah #Ramli MS #GV9
;