Laman Utama
[VIDEO] Rebecca Nur Al-Islam Ada Sebab ‘Request’ Bersalin Caesarean - “Saya Takut Sangat Nak…”
“Saya takut beranak… buat sedap,” kata pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam secara berseloroh ketika menjadi tetamu undangan untuk podcast Hitam Putih Kehidupan di YouTube Suhan Channel.
Berkongsi mengenai pengalaman ketika hamil cahaya mata pertama, Rebecca mendedahkan setiap hari dia menangis setiap kali membayangkan proses bersalin ketika di hujung kehamilannya.
Malah Rebecca juga berjumpa dengan doktor untuk berkongsi mengenai kerisauannya sehingga memilih untuk melahirkan anaknya secara pembedahan.
“Saya takut beranak sebenarnya, jadi anak pertama, masa saya baru-baru kahwin saya dapat tahu mengandung, saya ada masalah hujung-hujung nak beranak itu saya menangis tiap hari.
“Jadi, saya menangis bukan dekat suami tapi mak saya. Takut ini tak dapat bayangkan macam mana buka, macam ini, macam itu… saya membayangkan (proses bersalin).
“Saya pergi jumpa doktor, lepas itu saya beritahu doktor yang saya takut sangat nak beranak sebab tengok YouTube. Doktor kata kenapa tengok. Saya tak dapat bayangkan macam mana masa itu.
“Saya minta untuk bersalin secara pembedahan. Tapi doktor kata saya elok saja untuk beranak normal. Tapi saya tak nak, sebab takut,” katanya.
Menurut Rebecca lagi, dia sudah biasa melakukan penjagaan selepas bersalin disebabkan itu semua anak-anaknya dilahirkan secara pembedahan.
“Saya dah rasa macam penjagaan bersalin pembedahan itu, saya rasa saya boleh daripada normal saya tak dapat bayangkan. Jadi, saya cakap dengan doktor, saya minta izin untuk beranak secara pembedahan.
“Saya rasa tak nak sakit kan, rupanya… sakit selepas bersalin,” ujarnya.
Menerusi video yang turut dikongsikan di TikTok Suhan Movies, kelihatan penerbit dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor turut serta dalam podcast bersama Rebecca.
undefined