Laman Utama
[VIDEO] Remuk Hati! Suami Kantoi Berzina Dengan Ibu Mentua - “Tak Sangka Hubungan Kamu Dengan Perempuan Yang Melahirkan Aku...”
Video mengenai seorang suami yang berlaku curang dan menjalinkan hubungan terlarang dengan ibu mentua menjadi perbualan hangat netizen di TikTok.
Wanita bernama Norma Risma memberitahu dia sudah lima tahun bercinta dengan suaminya sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun selepas tiga hari berkahwin, suami dan ibu kandungnya sendiri ditangkap oleh beberapa penduduk kampung dalam keadaan tidak berpakaian.
“Sampai sekarang aku masih tak menyangka kamu mempunyai hubungan dengan perempuan yang melahirkan aku.
“Lihat ini tiga hari sebelum kejadian kamu ditangkap ketika berzina dengan dia. Kita baik-baik saya, kamu tergamak menyakiti aku begini?” kongsi Norma.
Difahamkan kejadian itu berlaku ketika Norma tiada di rumah kerana keluar bekerja dan lebih menyedihkan apabila dia mengetahui ibu dan suaminya pernah bertukar mejse berbaur lucah.
Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila suami dan ibunya pernah melakukan hubungan terlarang ketika dalam bulan Ramadan.
Selepas kejadian tersebut, Norma kemudiannya membuat keputusan untuk bercerai dengan suaminya.
Selain itu, bapa kandung kepada Norma turut melafazkan talak ke atas isterinya.
Biarpun hati remuk, namun Norman tetap bersedia memaafkan ibunya meskipun wanita berkenaan tergamak merampas kebahagiaan anak sendiri.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
undefined