Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] Rita Rudaini Sebak, Rindu Bila Teringat Anak Minta Check Bacaan Hafazan - “Walaupun Kami Tak Perfect, Tapi…”

Izwan Isa 09/12/2022 | 11:50 MYT

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan yang dia berasa sebak saat melihat proses pendewasaan anak-anak, khususnya cahaya mata sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia 13 tahun.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya, Rita menunjukkan rakaman ketika anaknya itu yang sedang khusuk menghafaz Al-Quran.
Menerusi ruangan kapsyen pula, Rita berkata, sungguhpun keluarga kecilnya tidak sempurna, namun dia berasa bersyukur dengan kehadiran anak-anak di sisi.

undefined
“Setiap kali cuti, waktu Maghrib dia akan minta Mommy dan adik check balik hafazan dia dari Juzuk 1. Dia takut dia lupa.
“Sebak hati sebenarnya tengok anak-anak dah besar. Dalam hati Mommy cakap, mungkin ini hikmah Allah nak hadiahkan pada aku.
“Walaupun kami tak perfect macam orang lain, tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku. Alhamdulillah, Mommy dan adik tak sabar nak tuggu Ryan balik,” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian yang dilakukan oleh Rita itu.
“Dapat didik anak kenal Allah dan Al-Quran adalah kejayaan sebenar… dan kebahagiaan yang paling besar.
“Alhamdulillah... Sejuk perut Rita. Kami yang dengar pun dah sejuk. Tahniah Rayyan.”
“Subhanallah. Sebak tengok. Anak yang hebat hasil dari didikan seorang ibu yang hebat. Tahniah buat Rita.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Rita Rudaini #Rindu Anak #Hafaz Al-Quran
;