Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] “Sangat Simple, Tak Macam Yang Lain” - Imej Erynne Erynna Dipuji, Sopan Sejak Kecil Hingga Kini

Mya Amri 07/10/2022 | 01:54 MYT

Pelakon Erynne Erynna menjadi tumpuan netizen kerana penampilan dirinya yang begitu simple sebagai seorang selebriti.

Namun jangan salah faham, tidak ada komen negatif yang diberikan sebaliknya mereka amat menyukai imej sopan Erynne.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Erynne memuat naik satu video pendek yang merakamkan momen manis bersama anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah gaya pemakaian simple Erynne dan juga wajahnya yang baby face.

Disebabkan kecomelan Erynne itu juga ramai yang mengatakan pelakon ini dan anaknya kelihatan seperti adik beradik.

View this post on Instagram

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)

“Sukanya style awak… Sangat-sangat simple je tak macam yang lain. Dulu tengok awak kecil lagi, sekarang dah ada anak pun still cute and pretty,” puji seorang netizen.

Erynne juga kemudiannya membalas kembali komen tersebut.

“Subahanallah, terima kasih sis for your compliment . Alhamdulilah. May Allah bless you and your family always. Amin. Much love to you!” coretnya.

Sekadar info, Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah merupakan pelakon kanak-kanak popular suatu ketika dahulu.

Erynne terkenal dengan bakatnya yang mewarnai dunia seni lakonan dengan pelbagai watak kanak-kanak antaranya dalam filem Cinta (2007), Congkak (2008), Damping Malam (2010) dan 8 Jam (2012).

Jangan lupa undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

#Style #Gaya #Penampilan #Erynne Erynna #Pamakaian #Penampilan Simple #Style Simple
;