Laman Utama
[VIDEO] “Saya Harap Adele Panggil Saya ..." - Siti Nurhaliza
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti yang sempat meluangkan masa untuk menyaksikan konsert Adele di London.
Menerusi perkongsian di Instagram beliau, Siti mengakui teruja dan berharap dapat berkongsi pentas dengan penyanyi itu suatu hari nanti.
“Hi saya sekarang ni bersiap-siap, nak make-up sikit sebab kejap lagi nak pergi konsert Adele.
“Saya harap Adele panggil saya untuk naik atas pentas, manalah tahu kan tetiba ada,” katanya.
Sepanjang menyaksikan konsert Adele, Siti turut dilihat hadir bersama beberapa rakan rapat termasuk mentor usahawan Dr Azizan Osman.
Difahamkan, Siti turut membeli tiket khas yang menempatkan beliau di kedudukan lebih selesa sepanjang menonton konsert Adele.
Untuk rekod, selepas lima tahun tidak beraksi di pentas konsert, Adele mengubati rindu peminatnya di acara muzik musim panas di Hyde Park Festival, London, disaksikan lebih 65,000 penonton.
Adele menyanyikan hampir 18 lagu termasuk single terbaharunya, Easy On Me, Oh My God dan I Drink Wine daripada album 30.