Laman Utama
[VIDEO] “Saya Menangis Kerana...”- Terkejut Tular Di Malaysia, Gadis Ini Dedah Siapa Reyhan
Gadis dari Indonesia yang tular dengan video nyanyiannya di TikTok beberapa hari lalu tak menyangka dia telah dikenali luas hingga ke Malaysia.
Semuanya tercetus selepas video seorang gadis yang menggunakan nama Intan Lembata Bunting menyanyikan lirik lagu Cukup Dikenang Saja berbunyi ‘begitu syullit (sulit)’ dalam cara tersendiri sendiri.
Tambah lucu, dia mengubah lirik dengan menggunakan nama Reyhan iaitu yang didakwa lelaki yang pernah muncul dalam mimpinya sebelum ini.
“Saya agak terkejut dan tak sangka video saya viral sampai ke Malaysia. Lagu itu daripada Stefan William,” katanya.
Intan berkongsi perkara itu selepas ditanya dalam soal jawab menerusi satu sesi temu bual secara virtual dengan penyampai radio 3 Pagi Era bersama Nabil, Ezad dan Radin.
Ditanya kenapa dia begitu sedih sehingga mengalirkan air mata, Intan memberitahu kerana sedang menghayatinya.
Dalam pada itu menjelaskan siapa Reyhan yang dimaksudkan.
“Saya menangis kerana terlalu menghayati. Reyhan itu kekasih dalam mimpi aku,” jawabnya lagi.