Laman Utama
[VIDEO] “Saya Rakam Untuk Kenangan”- Solat Jemaah Bersama, Noor Nabila Masih Sebumbung Dengan Engku Emran?
Perkongsian rakaman video usahawan dan juga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila di media sosial telah menarik perhatian netizen semalam.
Video yang menunjukkan dia dan anaknya Jebat Jayden solat berjemaah bersama Engku Emran seolah-olah membuktikan dia dan suami masih bersama.
Dalam perkongsian di akaun TikTok itu, Nabila memberitahu video itu dirakam sebagai kenangan.
“Macam-macam kejadian ketika solat ya. Mommy rakam untuk kenangan. Kantoi pula dengan anak,” tulis Nabila pada kapsyen.
Selain teruja melihat gelagat Jebat yang comel ketika ikut sama solat, netizen turut teruja melihat seperti Nabila dan juga Engku Emran masih bergelar suami isteri dan hidup sebumbung.
“Tidak bermakna jika kamu tidak berkongsi gambar kehidupan bahagia bermakna kamu tidak lagi bersama-sama,” kata salah seorang netizen.
“Alhamdulillah mereka masih lagi suami isteri,” komen seorang lagi warga maya.
“Dalam video ini tuan puan kena faham dua perkara. Pertama kecomelan Jebat dan yang kedua, cuba perhatikan siapa imam itu? Bagi menjawab segala persoalan netizen,” kata seorang lagi pengikutnya.
Pun begitu terdapat netizen mendakwa video yang dikongsikan itu adalah video lama.
Bagaimanapun ada netizen mendakwa dan yakin video berkenaan adalah baharu berdasarkan potongan rambut Jebat yang dilihat sama dengan perkongsian terbaharunya di Instagram.
Terdahulu banyak khabar angin timbul yang mengatakan bahawa perkahwinan pasangan ini goyah selepas Nabila sendiri memadam semua gambar bersama Emran dalam media sosial.
Malah sejak minggu lalu di Indonesia berita masalah rumah tangga mereka mula tular hingga ada yang mendakwa mereka sudah bercerai.
Untuk rekod, sebelum menikahi Noor Nabila tahun lalu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan dua selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella
undefined