Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Solat Tak Pernah Berimam Suami…” - Shikin Maembong Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu

Shahrin Zulkifle 18/01/2023 | 00:00 MYT

Pernah hidup bermadu, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong akui memikul tanggungjawab sebagai isteri kedua adalah tidak mudah.

Jelas Shikin, banyak hal yang terpaksa dilakukan seorang diri termasuk pergi membeli belah dan mendapatkan rawatan di hospital ketika sakit.

“Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall sorang-sorang.

“Birthday pun sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa. Hidup bertiga je dengan anak dan maid kehulu kehilir.

“Sakit pun sorang-sorang, drive kereta pergi hospital. Bercuti dengan anak dan adik beradik je mampu.

“Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau suami tak balik rumah,” kongsinya menerusi satu hantaran video di laman TikTok.

undefined

Difahamkan, selepas berpisah dengan bekas suami iaitu cef Riz, Shikin dipercayai telah berkahwin sekali lagi dan menjadi isteri kedua dengan individu yang tidak didedahkan identitinya.

Pun begitu, kata Shikin biarpun sudah mengalah dalam banyak hal dan sentiasa taat pada suami, namun dia tetap diceraikan.

“Solat tak pernah ber imam kan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai juga,” tambahnya.

Untuk info, Shikin dan cef Riz telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Arianna Natasya yang kini berusia lapan tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Emma Maembong #Madu #Shikin Maembong #Poligami #Isteri Kedua
;