Laman Utama

[VIDEO] Tangan Anak Sulung Patah, Rita Rudaini Mohon Netizen Berhenti Petik Nama ‘Si Polan’ - “14 Tahun Dah, Dah Berbulu, Dah Berjanggut…”

Asyikin Mayudin
11/05/2023
23:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Tangan Anak Sulung Patah, Rita Rudaini Mohon Netizen Berhenti Petik Nama ‘Si Polan’ - “14 Tahun Dah, Dah Berbulu, Dah Berjanggut…”
Malang tidak berbau… itulah yang terjadi kepada anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin yang mengalami kecederaan sebaik sahaja mula persekolahan selepas cuti Raya Aidilfitri.
Menerusi perkongsian Rita di Instagram, tangan anak lelakinya dikhabarkan patah dan insiden itu berlaku sehari selepas kembali bersekolah pada minggu lalu.
“Kejadian minggu lepas… hari pertama sekolah. Selepas break hari raya, Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan,” kongsi Rita.
Bagaimanapun perkongsian Rita di laman sosial mendapat perhatian netizen yang dikatakan tidak henti bertanyakan mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Rita menerusi Instastory miliknya memohon netizen berhenti mengaitkan individu digelar ‘arwah’ yang dipercayai bekas suaminya dengan kehidupannya.
“Sikit-sikit nak tag si ‘arwah’… sikit-sikit nak tanya ’si polan’ tak datang tengok ke?’. Adoi sudah-sudah la tu, korang pun. Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwah berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang?
“Tak ada kan… 14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi, tak payah la no… nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar