Laman Utama
[VIDEO] Tegar Baru Tahu Anak Bukan Dari Benih Sendiri, Rasa Dikhianati Bekas Isteri!
Selepas enam bulan bercerai, penyanyi terkenal Indonesia, Tegar Septian akui baru tahu selama ini bekas isterinya Sarah Sheilka berbohong bahawa anaknya Abidzar Oktaviano Putra Septian itu bukan dari benihnya.
Tegar mendakwa bekas isterinya sudah pun hamil sebelum bernikah dengannya tiga tahun lalu.
"Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi...ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah," katanya.
Tegar membongkar mengenai perkara itu di ketika Live di TikTok.
Tidak lama kemudian, Tegar mendedahkan sudah pun tahu isterinya hamil luar nikah sebelum mereka bernikah.
"Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil. Ketika itu selepas tiga hari kami berkenalan.
"Masa tu saya tak berfikir panjang.. Mahu tak mahu hanya teruskan saja pernikahan," ujarnya.
Apabila ditanya pengikut laman sosial siapa gerangan bapa sebenarnya anaknya, Tegar menuduh dia adalah kekasih bekas isterinya .
"Anak siapa? tengok Instagram Sarah ada photo kekasihnya nah mungkin anak dia," tebaknya.
Pasti dengan dakwaannya itu Tegar sedia untuk melakukan ujian pengesahan DNA
"Saya cuma tak sangka aja tapi itu Allah dah tentukannya.
"Belum test DNA tapi saya berani saja untuk lakukannya. Lagipun cuba tengok foto anak ada tak mirip saya?" soalnya.
Tegar dan isteri telah bercerai enam bulan lalu dan hasil tiga tahun perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Abidzar Oktaviano Putra Septian.
undefined