Laman Utama
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Pengacara, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein berpendapat juri program realiti TV tidak sepatutnya memberi komen secara kasar atau tengking di hadapan kamera.
Bagi Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, tiada salah untuk memberi teguran secara tegas namun perlulah menjaga air muka peserta yang bertanding.
“Jeritan, apa saja ketegasan yang terlalu keras… belakang kamera la dik. Kata sayang, kalau sayang belakang kamera. Sebab bila depan kamera, pertama kita kena jaga air muka orang.
“Keduanya, kena tahu latar belakang peserta tersebut. Latar belakang peserta tersebut bukan biasa-biasa dik… AJL, yang seorang lagi belajar tentang muzik.
“Nak tegur, kalau sayang, tegur belakang kamera. Tengking la bagai nak gila, boleh… tapi depan kamera kita kena fikir, perasaan dan aib seseorang itu,” jelasnya menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita.
Pernah diberikan kepercayaan menjadi juri sebuah program, Elly turut menegaskan anak seni juga sama seperti manusia lain yang mempunyai perasaan dan maruah.
“Kita jangan cerita anak seni kena kental… kita manusia ada hati dan perasaan. Anak seni bukan sejenis kayu. Anak seni juga orang yang sama juga macam kita dekat luar sana.
“Kita punya hati, perasaan, air muka dan maruah. Jadi apa pun, kita sebagai juri tiada tiket untuk malukan dan menegur seseorang itu sehingga terjatuh, terjadinya memalukan. Itu pendapat saya.
“Macam saya tak sehebat mana vokalnya tapi saya pernah diberi kepercayaan menjadi juri. Kita kena tahu… macam kita la, kadang-kadang tak semestinya dengan tegas orang itu boleh belajar.
“Ada banyak cara… 2023 kan. Jadi, saya rasa jangan cakap lagi atau pun jangan guna lagi perkataan disebabkan sayang sebab itu tegur. Salah tu,” tegasnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
undefined