Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO]: “Tentulah Saya Sudi Makan” - Fazley Yaakob Sebak Lihat Keikhlasan Pekerja Bangladesh Sediakan Makanan

Mya Amri 09/10/2022 | 12:00 MYT

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berasa sebak melihat kesungguhan pekerja Bangladesh menyediakan sajian makanan.

Perkara itu dikongsi Fazley menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya yang merakamkan momen sewaktu diundang ke sebuah kedai pekerja Bangladesh.

“Dalam keadaan yang serba kekurangan mereka tetap siapkan masakan berasaskan salmon, udang (banyak udangnya!), ayam kampung, telur dan brocolli.

“Bukankah mahal-mahal semua itu? Sebak hati saya, tapi saya tahan dan senyum. Besar hati mereka jamu saya makan, menangis hati saya melihat keikhlasan mereka semua.

“Masing-masing berkorban tinggalkan anak isteri di negara asal demi mencari sesuap nasi. Tapi saya dihidangkan bergantang-gantang nasi dan lauk,” luahnya.

Dalam pada itu, Fazley juga turut memuji kesedapan masakan asli mereka.

“Katanya beras khas dari Bangladesh! Yang sebaknya, masing-masing jamu saya lauk-pauk mahal, mereka makan nasi dengan telur dan timun sahaja. Segan nak kongsi lauk mula-mula.

“Syukur Alhamdulilah rezeki daripada Allah buat kami semua! Terima kasih banyak kawan-kawan baru saya! Terutama Yunus! Tukang masak hebat!,” coretnya.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

#Fazley Yaakob
;