Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO] “Terima Kasih Sudi Menerima Saya” - Adira Akrab Bersama Madu, Harap Hubungan Sentiasa Terpelihara

Mya Amri 07/03/2023 | 00:45 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi berharap hubungan baiknya bersama madunya, Datin Seri Sharifah Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red sentiasa terpelihara.

Adira berkongsi perasaannya menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Video itu merakamkan Adira dan Datin Red memakai busana rona hitam sedondon, berjalan sambil berpimpinan tangan dan tersenyum antara satu sama lain.

Menurut Adira, dia berterima kasih kepada Datin Red kerana menerima dirinya untuk menjadi satu keluarga.

“Tak reti sangat nak cakap berbunga bunga ni. Sis cuba lah ya. To my beautiful honey @datin_red,

terima kasih sebab sudi menerima saya jadi sebahagian hidup akak... Semoga Allah S.W.T amenjaga hubungan ini. Amin,” tulisnya.

A post shared by ???ℝ? ??ℍ???? (@adira.suhaimi)

Dalam hantaran yang sama, Adira juga turut memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat anak sulung Datin Red yang membuat penampilan di atas pentas peragaan pertunjukan fesyen oleh pereka terkenal, Datuk Radzuan Radzwill.

“Anak yang catwalk mak mak yang over. Congrats sayang @_awinamani ami sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak. Ami tahu akak boleh pergi jauh lagi, keep doing what you doing,” tulisnya.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia enam bulan.

#Adira #Madu #Adira Suhaimi #Datin Red #Baik Dengan Madu
;