Laman Utama
[VIDEO] Uqasha Senrose ‘Blur’ Nak Tulis Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Kamal Adli; “Awak Kelakar, Tapi Bila Gaduh….”
Pelakon jelita Uqasha Senrose mencatat nukilan romantik buat suami tersayang yang juga pelakon Kamal Adli bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Berkongsi nukilan itu di laman Instagram, pemilik nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 30, berkata meskipun berdepan banyak dugaan, dia tetap meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan Kamal sebagai suaminya.
“Happy 1st anniversary abang (Kamal Adli). Saya tergamam, banyak perkara yang saya nak tulis tapi saya blur.
“Walau macam-macam dugaan pahit manis kita baru lalui selama setahun tapi kita berjaya lalui sayang.
“Abang tolong tahu, saya bangga bila awak sentiasa ada bersama saya sebagai suami, dan selalu sokong saya dalam apa jua situasi,“ ujarnya.
Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi beberapa gambar dirinya bersama aktor tersebut buat tatapan umum.
Tambah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu lagi, dia turut menyifatkan Kamal sebagai seorang yang hebat dan kelakar.
“Terima kasih sayang untuk segalanya dan insyallah banyak lagi akan datang.
“Awak hebat dan seorang lelaki yang kelakar, tapi masa baloh (gaduh) tak, hahaha, biasa la tu adat rumahtangga, kata orang tua ikut je
“Love you abanng my love and forever love, amiin,” katanya lagi.
Sementara itu, di ruangan balas rata-rata netizen turut menumpang gembira di atas ulang tahun perkahwinan Uqasha dan Kamal serta mendoakan kebahagian mereka berdua.
Untuk info, pasangan tersebut telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di Janda Baik, Pahang.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!