Laman Utama

[VIDEO] Uqasha Terkejut, Kamal Beri Hadiah Selipar & Beg Tangan Jenama Mewah! Netizen Teka Harga Cecah RM11,000

Azwa Rahman
09/07/2022
03:35 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Uqasha Terkejut, Kamal Beri Hadiah Selipar & Beg Tangan Jenama Mewah! Netizen Teka Harga Cecah RM11,000
Aktres jelita Uqasha Senrose meluahkan penghargaan buat suaminya, aktor Kamal Adli di atas pemberian dua buah hadiah berupa beg tangan dan selipar daripada jenama mewah Gucci bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 6 Julai lalu.
Difahamkan harga bagi kedua-dua hadiah berjenama mewah tersebut mencecah jumlah RM11,000.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia tidak menyangka Kamal sanggup membelanjakan wang dan mengadakan sambutan majlis keraian sebagai hadiah hari jadinya
“Mengenali suami saya, dia bukan begitu. Maksud saya jenis yang deko, nak kumpulkan family, buat makan-makan. Paling mengejutkan, dia tempah kek khas.
“Terima kasih suamiku sayang sampai dua hadiah dengan big deco haih,” tulis Qasha di satu hantaran video di Instagram miliknya.
Bukan sahaja itu, Uqasha turut membuat sesi ‘unboxing’ hadiah-hadiah tersebut untuk tatapan umum.
Di dalam bungkusan yang diikat rapi tersebut adalah sepasang selipar tebal Gucci berwarna merah jambu dan sebuah beg tangan hijau dengan lukisan kucing.
“Bukan nak menunjuk tapi Qasha sangat menghargai pemberian suami Qasha. Tak kisah berapa harga sekali pun, Qasha tetap akan post kerana usaha dan tenaganya.
“Kamal Adli, ini bukan awak. Awak tak akan spend. Awak selalu suruh saya berjimat. Tapi awak beli jugak untuk saya, isteri tersayang.
“Qasha tak kisah pasal jenama, asalkan ia daripada suami saya,” ujar pelakon drama bersiri popular Setelah Terlafaznya Akad ini.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya teruja dengan hadiah yang diberikan oleh Kamal sebagai lambang cinta buat isterinya.
“Bulu roma i yang meremang tengok hadiah u,” kata seorang wargamaya.
“Takpe Qasha, Qasha selebriti, tak kisah pun show off sekali sekala. Anggap je macam review produk. Yang bukan selebriti pulak show off lelebih,” ujar seorang wargamaya.
“Yes betul kita bukan nak show off tapi kita hargai dan tak kisah harga sebab itu pemberian suami,” komen seorang wargamaya.
“Bertuah la, dapat hadiah daripada suami tercinta,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, pasangan Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar