Laman Utama
[VIDEO] “Walaupun Tak Reply, Saya Baca” - Siti Nurhaliza Maklum Peminat Tak Suka Lihat Dirinya Pakai Baju Ropol, Bling Bling
Sewaktu berlangsungnya konsert Music Of The Soul: An Evening With Siti Nurhaliza pada 5 dan 6 November lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian penonton apabila mengeluarkan kenyataan mengenai keprihatinan peminat terhadap dirinya.
Menerusi rakaman yang tersebut, Siti secara berseloroh berkata, dia agak nervous apabila tibanya hari konsert, memandangkan peminat ingin mengetahui fesyen dan busana yang ingin digayakan pada acara berkenaan.
“Peminat sayangkan sayalah. Kadang-kadang, perkara paling nervous ialah, dia (peminat) tanya siapa buat baju, ada yang tulis jangan ropol-ropol… Siti jangan bling bling. Siti plain je,” tutur Siti sambil disambut derai tawa penonton.Not Siti Nurhaliza addressing fans punya kerisauan fasal baju ropol dan bling-bling ?? Thanks sebab mendengar dan hadir berkonsert dengan baju-baju yang cantik semalam dengan bling dan ropol pada skala terkawal ?? pic.twitter.com/2hpnqKwrDV— ??? (@IniAlalalannn) November 6, 2022
Berpeluang bertemu dengannya baru-baru ini, Siti berkata, dia sedia maklum mengenai komen-komen yang ditinggalkan peminat dan mengambil positif apa yang dikongsikan kepadanya.
“Of course… saya memang control Instagram dan juga akaun Twitter. Apa yang peminat komen, saya baca. Walaupun saya tak reply tersebut, saya baca komen-komen secara keseluruhan.
“Bagi saya, apa yang boleh saya ambil, saya ambil,” katanya ringkas.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang memuji telatah Siti dan ada juga yang melabelkan penyanyi nombor satu negara itu sebagai comel ketika berinteraksi dengan penonton.
Pada konsert berkenaan, Siti turut mengundang penyanyi rock Datuk Awie untuk menyanyi bersamanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video