Laman Utama

[VIDEO]“Berhentilah Lakukan Pembedahan Plastik”- Ramai Hampir Tak Kenal Dengan Wajah Terbaharu Gwen Stefani

Syafiqah Jalal
12/09/2022
12:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Berhentilah Lakukan Pembedahan Plastik”- Ramai Hampir Tak Kenal Dengan Wajah Terbaharu Gwen Stefani
Peminat hampir tidak mengenali Gwen Stefani apabila penyanyi antarabangsa itu tampil dengan bentuk wajah yang agak berbeza.
Malah penampilan penyanyi yang berusia 53 tahun itu telah mengejutkan orang ramai terutama peminatnya yang mengikuti perkembangannya sejak dulu lagi.
Menerusi kemas kini terbaharu yang dikongsikan di media sosial Instagram telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
“Tak nampak seperti Gwen Stefani yang saya kenal dulu,” komen salah seorang peminatnya.
“Saya hampir tak kenal siapa ini,” kata salah seorang warga net.
Dalam pada itu, peminat yang mengesyaki Gwen telah melakukan pembedahan plastik pada mukanya meminta untuk menghentikannya.
“Berhentilah lakukan pembedahan plastik,” pinta salah seorang peminatnya
“Adakah ini filler dan botox?” tanya salah seorang netizen.
Gwen yang kini tampil dengan rambut panjang berwarna perang menampakkan perubahabn pada bibirnya yang semakin mungil serta pipinya yang semakin menegang dan menunjukkan segi.
Pelantun lagu Don’t Speak ini bagaimanapun tidak membalas serta menjelaskan di mana-mana komen dan hanya berdiam diri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar