Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

[VIDEO]“Rindunya Nak Balik…”- Raja Ilya Kongsi Nikmat Jadi Anak Malaysia

Syafiqah Jalal 31/08/2022 | 08:41 MYT
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Australia selama kurang empat tahun akui rindu hendak pulang ke Malaysia.
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-65 hari ini, dia berkongsi pengalamannya sejak kecil yang senyiasa teruja menyambut Hari Kebangsaan setiap kali tanggal 31 Ogos.
“Rindunya nak balik , dari zaman sekolah lagi kalau 31 Ogos memang awal- awal dah pergi ambil tempat di dataran merdeka .. Lagi lagi malam time fireworks.
“Bagi Ilya malam merdeka tu bukan je best sebab dapat lepak dengan kawan-kawan and pergi makan nasi lemak Kanmpung Baru tapi lebih dari tu.
“Semangat bila dapat rasa nikmat kemerdekaan hasil dari perjuangan perjuang terdahulu .. Tak ada mereka , tak ada laa Malaysia sekarang ni,” katanya.
Ilya berkongsi perkara berkenaan di akaun Insatgram miliknya.
Menerusi entri berkenaan Ilya sempat mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua.
Berkongsi lanjut tentang dirinya sebagai anak Malaysia, Ilya bertuah kerana dilahirkan dalam negara yang berbilang kaum dan bangsa.
“Dan paling Ilya suka Fasal Malaysia adalah kita ni Multicultural ,Muhibah and kita juga selalu bersatu bersepakatan dalam semua Hal .. Melayu , Indian , Chinese , Borneo dan lain lain semua Boleh kerja bawah satu bumbung dengan aman.
“Tak macam sesetengah negara lain , layanan ikut kasta atau warna kulit ...Sebab tu bangga jadi orang MALAYSIA , kita chill je tak kecoh kecoh kan.
“Happy Merdeka Guys , bawa kereta , moto ,Lori berhati hati okay,” pesannya.
Ilya menetap di Perth, Australia selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang berasal dari sana iaitu Trent Garret pada 23 Disember 2018.
Pasangan ini baru sahaja meimang cahaya mata perempuan pada bulan lalu yang diberi nama Talita.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

#Anak #Raja Ilya #Malaysia #Rindu #Merdeka #Kebangsaan
;