Laman Utama
[VIDEO]Tenang & Cantik Ketika Bersalin, Rupanya Ini Sebab Elfira Loy Tersenyum & Kongsi Tip 'Push'- "Kalau Muka Buruk Salah Lah Teran Tu"
Pelakon Elfira Loy dipuji netizen kelihatan tenang dan cantik ketika melahirkan anak keduanya pada 20 Mei lalu.
Pujian itu diberikan selepas Elfira menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik video saat melahirkan puterinya Nur Aria Mikayla.
Video yang dikongsi oleh Elfira sendiri itu memperlihatkan momen dia melahirkan Aria Mikayla selepas ramai yang meminta tips bersalin.
Rata-rata memuji Elfira kerana masih boleh kekal tenang malah boleh tersenyum semasa melahirkan anak. Malah ada yang cemburu melihat Elfira tetap nampak cantik.
@Queennelvina88: Masya Allah cantek dan tenang aje wajah elfira ni smpat senyum lagi..slm syg dri brunei
@norshafikah: wehh tenang gila . aku mcm nk tercabut besi katil
@ayinnnnn: comel ja ,masih boleh senyum
Sementara Elfira dalam kapsyennya berkongsi kelebihan pengambilan epidural sewaktu bersalin.
"El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat dan El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm," kongsinya.
Elfira juga sempat menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu bersalin itu.
"Dalam klip ni, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah,” tulisnya.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla.
@elfiraloy nurariamikayla Jadi, inilah kisah kelahiran saya. Ramai yang mintak tips untuk push, Alhamdulillah Allah permudahkan untuk El, dengan bantuan dari Midwife el Puan Sharifah. From this video, korang boleh dengar sendiri cara midwife el explain what to do before push. El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat. And el dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm. Tapi, bila bukaan dah hampir 6cm, el dah reducekan dosage for epidural sebab effect dia untuk el kalini, rasa lebih restless and macam tak boleh bernafas. Thats why towards the end, El dah boleh rasa contraction and mudah bila kita dah rasa ni. Kita boleh estimate bila nak push and sekuat mana kita push. Kalau tak, memang tak boleh nak rasa sendiri nak push sebab separuh badan numb. Dalam clip ni, korang ada nampak el senyum. Senyum sebab midwife dah pesan "Kalau muka buruk salahlah teran tu " HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah♬ original sound - Elfira Loy
Must-Watch Video