Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

Firdaus
06/07/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan  Yang ..."
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.

BERITA TRENDING:Sudah Sampai, Tapi Pasukan Ekspedisi Berbasikal Ke Tanah Suci Gagal Terima Visa Haji – Kita Cuba Pula Tahun Depan”

Susulan penularan video itu, terdapat pelbagai percanggahan pendapat tentang sama ada perbuatan yang dilakukan tersebut termasuk dalam kelakuan syirik terhadap Allah SWT.

​BERITA TRENDING:Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

Memberi penjelasan lanjut, Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkongsi hukum perbuatan berkenaan dari perspektif Islam.

"Kena faham bahawa orang Islam yang menunaikan ibadah haji dan mendapat haji mabrur dijanjikan syurga oleh Allah SWT. Namun begitu ia tidak boleh disalah erti sehingga ia digunakan pada tempat yang tidak betul.

"Memang orang yang pulang dari haji dan mendapat haji mabrur itu diampunkan dosanya oleh Allah SWT, akan tetapi tubuh badan mereka itu tidak boleh dijadikan bahan atau alat untuk seseorang itu melakukan sesuatu yang bercanggah dengan agama.

​BERITA TRENDING:Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji

"Islam mengajar kita supaya memakan makanan dan minuman yang halal lagi bersih, jadi kalau kita minum air kaki, ia akan mendatangkan kemudaratan dan sudah pastinya kesucian itu tidak wujud.
"Bagaimanapun ia tidak jatuh syirik kerana ia tidak menduakan Allah, namun ia satu perbuatan yang melampau dalam memuliakan jemaah yang balik haji. Sepatutnya cukup sekadar memeluk dan mencium sebagai tanda memuliakan jemaah yang balik dari tanah suci," jelasnya.

Perbuatan Fasidah

Bercerita lebih lanjut, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai Fasidah (adat yang bercanggah dengan Al Quran) dan sepatutnya dielakkan.

​BERITA TRENDING:Cuaca Cecah 53 Darjah Selsius Di Tanah Suci, Alyah Alami Demam & Batuk - "Ini Kali Pertama Saya ..."

"Saya melihat adat yang dilakukan itu sebagai adat yang Fasidah, kerana ia bercanggah dengan ajaran Al Quran yang menyuruh kita makan dan minuman makanan yang suci.
"Oleh sebab itu saya beranggapan adat-adat sebegini tidak perlu diikut kerana ia tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW," katanya ketika dihubungi Gempak.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar