Hiburan
Vokalis Kumpulan Samudera, Ditemui Mati Di Kediamannya
Vokalis kumpulan Samudera, Sarfen Husin atau Ujang telah ditemui mati di kediamannya di FELDA Palong Timur, Negeri Sembilan, hari ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengurus kumpulan terbabit iaitu Mahadi Abd Latip.
"Saya dimaklumkan mengenai kematiannya sekitar jam 2 petang tadi oleh kawan arwah.
"Saya memang sangat terkejut dengan berita yang diterima.
"Kali terakhir saya bercakap dengan arwah adalah sekitar empat bulan lalu," katanya.
Namun punca kematiannya belum diketahui kerana bedah siasat sedang dijalankan.
Ujang Samuder pernah popular dengan lagu Titian Hasrat dan Bila Diburu Kenangan sekitar 1993.
Sumber: Bh Online