Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Volvo, Ford, Perodua, Subaru.. Antara Jenama Kereta Yang Akan Berada Di Malaysia Motor Expo 2022!

Azwa Rahman 27/10/2022 | 09:49 MYT

Para penggemar automotif di Malaysia pasti tidak sabar untuk menyaksikan sebuah ekspi permotoran yang cukup dinantikan iaitu Malaysia Motor Expo (MME) yang akan diadakan pada 11 hingga 13 November ini.

Acara automotif terbesar ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut berlangsung sama ialah acara International Automodified (IAM) yang merupakan acara terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.
Di antara jenama pempamer model-model kereta baharu ialah Volvo, Subaru, Ford, Perodua, Hyundai, Kia, Mazda, Peugeot dan juga Great Wall Motors (GWM). Manakala kereta ubah suai pula akan disertai oleh peserta dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Lebih menarik acara ini juga turut disokong oleh Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii). Sepanjang tiga hari, MME akan merangkumi pertunjukan di sebanyak tiga buah dewan.
Para pengunjung boleh menyaksikan pelbagai menampilkan pelbagai model kereta baharu sama ada jenis baharu sama ada enjin pembakaran dalaman dan elektrik (EV), motosikal dan jua kereta diubah suai yang dianjurkan dengan IAM.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke ekspo ini selama tiga hari berturut-turut, pintu utama MME2022 akan mula dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam.

#Ekspo kereta #Malaysia Motor Expo 2022 #MME2022
;