Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Wajah Anak Lebam, Elfira Loy Kongsi Insiden Yang Berlaku - “Cuma Kali Ini Agak Nampak Teruk Sikit Sebab…”

Asyikin Mayudin 04/11/2024 | 09:25 MYT
Perkongsian di Instagram memperlihatkan wajah anak perempuan pelakon Elfira Loy penuh lebam mengundang pelbagai reaksi netizen.

Langgar kabinet

Elfira menerusi perkongsian tersebut memberitahu anak perempuannya, Nur Aria Mikayla mengalami kecederaan di bahagian kepala dan hidung selepas terlanggar kabinet.

“Anak saya sorang ni memang sukalah setiap minggu lebam kat kepala. Tak kanan, kiri. Cuma kali ini agak nampak teruk sikit sebab memang setepek depan muka langgar kabinet.

“Jadi, hidung dia pun nampak lebam. Sedih tengoknya. I ada tanya dia ‘adik, does it hurt or not?’. Dia kata ‘No, it’s okay it’s not pain. I’m strong’.

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Elfira Loy Mengalir, Sebak Ramai Bantu buat Persiapan Untuk Tunai Haji - “Saya Tak Pernah Buat Video Menangis Macam Ini…”

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy Terpaksa ‘Serah Diri’ Kepada Doktor - “Sakitnya Tak Boleh Dibawa Bincang Macam Nak Beranak…”

“Tak tahu nak baca doa apa dah lari tu laju sangat lepas itu no fear. Rasa macam tiada penghalangnya. Bagaimana anda halang untuk perkara ini tidak terjadi lagi?” kongsi Elfira.

Bukan pertama kali

Pada perkongsian yang sama, Elfira turut mendedahkan insiden itu bukan kali pertama berlaku di sekolah dan ia berpunca daripada anaknya berlari laju.

“Ini merupakan kali kedua terjadi dekat sekolah. Punca, lari laju macam sonic,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen berkata anak nombor dua sememangnya seorang yang aktif dan sukar untuk dikawal.

#Elfira Loy #Anak perempuan #Anak Kedua #Anak Elfira #Wajah lebam
;