Laman Utama

Wajah Bakal Isteri Lebam, Usop Nafi Pukul Tunang - “Dayus Tau, Ingat Saya Takda Akai Ka Hah?”

Azwa Rahman
29/01/2022
03:57 MYT
Sponsor Banner
Wajah Bakal Isteri Lebam, Usop Nafi Pukul Tunang - “Dayus Tau, Ingat Saya Takda Akai Ka Hah?”
Penyanyi Usop tampil membuat penafian tentang dirinya dikatakan memukul bakal isteri, Nur Fatihah Md Hashim sehingga lebam di bahagian mata.
Menurut Usop atau nama lengkap Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, dia tidak memukul tunangnya seperti yang didakwa oleh wargamaya selepas Fatihah berkongsi keadaan wajahnya yang kelihatan ungu.
Fatihah atau lebih mesra disapa sebagai Teha, 26, turut memaklumkan wajahnya lebam berikutan terhantuk di bucu meja menjelang beberapa hari sebelum hari mereka disatukan.
Menerusi platform TikTok, Usop menafi keras dakwaan tersebut.
“Oit netizen, saya pun reti aih, tak kan saya nak pi pukul tunang saya. Tak kan saya nak pi tumbuk muka dia. Orang laki kalau pukul perempuan ni, dayus. Ingat saya takde akai ka hah? Amboi,” jelasnya.
@usop_97 Reply to @mamadania11 ♬ original sound - Usop
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mempertahankan Usop yang berkeras tidak akan sesekali memuk seorang wanita.
Bukan itu sahaja, ada juga yang terhibur dan mengusik wajah serius Usop ketika membuat penafian tersebut.
@Ada ni:Hahahahah dia taktau kata terhantuk. Tak pasal dapat dosa dok fitnahh.”
"@Wan_Beluncas_R:Sop marah sungguh sikit..dak macam marah pon.”
@?????:dakk dakk lani aku tergelakk sebab cakap Kedahh dengan laju nyaa.”
“@Fisya_0613:hahaha usop ni marah pun kelakar hahaha cool.”
@roxaanna?:sabaq la ucop oihh. ucop pon bukan maghah tu, netizen pon..lek la.”
@saja suka suki:usop hang jangan dok marah.. muka tuu lawak sama jaa marah kaa dak.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga TikTok.
Imbas kembali, pasangan tersebut disatukan dalam ikatan pertunangan pada November lalu dan merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada Februari ini.
Sekadar info, Fatihah, 26, berkhidmat sebagai kakitangan pentadbiran dan perniagaan di sebuah syarikat ternama di Pulau Pinang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar