Hiburan
Wajah Ceria Fazura Ke Mahkamah Jadi Persoalan, Pengurus Minta Henti Buat Spekulasi - “Setiap Malam Dia Menangis”
Kehadiran pelakon, Nur Fazura dengan wajah yang ceria ketika menghadiri prosiding kes cerainya di mahkamah pada Rabu lalu mengundang seribu pertanyaan netizen.
Disebabkan itu, ada netizen mendakwa mimik wajah aktres cantik itu seolah-olah tidak berasa sedih dengan apa yang sedang dihadapinya.
Enggan menimbulkan salah faham, pengurusnya iaitu Iman Tang tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut Iman, emosi pelakon yang popular dengan filem Pisau Cukur itu sebenarnya tidak stabil dan menangis hampir setiap malam.
“Sebenarnya Faz tu sedih, hampir setiap malam dia menangis. Saya menjadi saksi sebab kadang-kadang tengah malam kami akan berbual dan dia menangis.
“Dalam perkahwinan ini, mana ada wanita yang mahukan perkara ini berlaku (cerai). Saya tahu dia sangat kuat tapi bila kami bercakap di telefon dia akan menangis,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Hormat Dan Beri Mereka Ruang”- Scha Alyahya Mohon Netizen Faham Situasi Fattah & Fazura
ARTIKEL BERKAITAN: "Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: "Fattah Tak Pernah Kongsi Masalah Rumah Tangga..." - Iman Tang
Pada masa sama, Iman meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai keadaan Fazura.
“Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum dan tak sedih, takkan la dia nak menangis nanti orang kata dia berlakon. Jadi, janglah buat spekulasi,” tambahnya.
Sebelum ini, Gempak melaporkan Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, telah memfailkan cerai terhadap Fattah Pada 13 September lalu.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.