Laman Utama
Wajah Kate Middleton dipenuhi ‘Lebam’ & ‘Luka’ Berdarah, Undang Kemarahan Netizen!
Sebuah imej yang memaparkan wajah Duchess of Cambridge, Kate Middleton dalam keadaan ‘lebam’ mencetuskan kekecohan dalam kalangan wargamaya.
Foto isteri Duke of Cambridge, Putera William yang turut dipenuhi 'luka' dan 'parut' itu didakwa digunakan dalam iklan sosial berkaitan keganasan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, media tempatan Daily Mail UK melaporkan gambar berkenaan digunakan tanpa kebenaran.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dia melaporkan... tetapi tiada siapa yang mempercayainya, malah dia ditinggalkan sendirian.
“Dia juga tidak dilindungi, tetapi dia (lelaki) itu tidak dihalang. Malah, ia pula dibunuh,” demikian tulis kapsyen iklan tersebut.
The Sun melaporkan, poster tersebut dilihat ditampal di perhentian bas dan bangunan di Itali dan Sepanyol.
Selain gambar Kate, 39, kempen iklan sosial itu turut menggunakan imej Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris; Permaisuri Sepanyol, Ratu Letizia; Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen serta Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagard.
Menurut pelukis Itali, AleXsandro Palombo yang menghasilkan kempen iklan sosial tersebut, tujuan dia berbuat demikian adalah untuk ‘menarik perhatian (ahli) politik' berhubung respons teruk yang diberikan terhadap masalah keganasan melibatkan jantina.
Keadaan itu, dakwanya menonjolkan ketidakberkesanan sistem sokongan dan perlindungan kepada mangsa.
Bagaimanapun, tindakan tersebut menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan wargamaya yang menyifatkan ia bukan satu bahan jenaka.
“Kamu jangan main-main... jangan gunakan imej wanita tanpa kebenaran mereka,” tulis seorang pengguna media sosial.
Selain itu, rata-rata wargamaya mendesak agar iklan tersebut segera diturunkan.
Sumber: Sinar Harian