Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Wajah Lumpuh Sebelah, Justin Bieber Tunda Konsert - “Virus Menyerang Saraf Telinga Saya..”

Azwa Rahman 11/06/2022 | 04:01 MYT

Penyanyi terkenal Justin Bieber mengumumkan terpaksa menunda konsertnya yang sudah dijadualkan kerana menghidapi sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan wajahnya lumpuh sebelah.

Menerusi laman sosial Instagram, penyanyi lagu Ghost itu mengumum perkara tersebut awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Dalam perkongsian berdurasi lebih dua minit itu, Bieber menerangkan ada virus yang telah menyerang saraf-saraf di bahagian telinga sehingga membuatkan dia tidak boleh menggerakkan wajahnya di sebelah kanan.
“Ia disebabkan serangan virus di bahagian saraf dalam telinga belah kanan hingga menyebabkan separuh muka saya lumpuh dan tidak dapat bergerak sempurna,” jelasnya.
Bintang sensasi berusia 28 itu turut mempamerkan wajahnya dan cuba untuk menggerdipkan mata dan menggerakkan mulut di dalam hantaran video tersebut tetapi tidak berjaya.

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Bieber yang kini sedang sibuk dengan konsert jelajah di serata dunia termasuklah Kuala Lumpur memaklumkan akan menunda berikutan masalah kesihatan yang menganggu perjalanan persembahan.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya serata dunia memberikan komen merasakan konsert di kawasan mereka akan dibatalkan.
Hal ini tidak terkecuali apabila peminat dari Malaysia turut beranggapan konsert Justin World Tour pada Oktober ini bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur juga tidak akan berlangsung.
Pada masa yang sama, semua peminat dan rakan selebriti mendoakan agar Bieber segera pulih daripada penyakit yang dihidapinya.

#Justin Bieber #Justin batal konsert #Sindrom Ramsay Hunt
;