“Wajib Dimandikan, Dikafankan Dengan…”- Yatt Hamzah Kongsi Cara Pengurusan Janin Yang Gugur
Selepas mengalami keguguran baru-baru ini, pelakon Yatt Hamzah berkongsi mengenai cara pengurusan janin yang gugur.
Menurut Yatt, pengurusan janin berbeza-beza mengikut bentuk dan sifat janin tersebut.
BACA: Yatt Hamzah Alami Keguguran Selepas...
BACA: Janin Gugur Usia Dua Bulan Diberi Nama 'Muhammad Abdullah', Ini Penjelasan Yatt Hamzah...
“Pertama sekali, namakan dengan nama lelaki atau nama unisex.
“Jika janin yang gugur itu diketahui hayatnya, seperti keluar suaranya, menangis, dan kemudian mati, maka hukumnya sama seperti orang dewasa. Wajib dimandikan, dikafankan dengan 3 helai pakaian, disolatkan dan dikebumikan.
Yatt berkongsi informasi tersebut ke akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, informasi itu diambil dari laman web Pejabat Mufti Wilayah.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui ia merupakan pengisian yang berguna terutama buat pasangan suami isteri.
Yatt mengalami keguguran anak kelimanya yang berusia 2 bulan dalam kandungan pada 15 September lalu.
Sekadar info, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.