Laman Utama
Wakil Negara Asia Curi Tumpuan Pusingan Preliminary Miss Universe! Malaysia Pun Tak Kurang Hebatnya!
Pusingan preliminary Miss Universe 2020 menyaksikan wakil-wakil dari negara Asia memberikan saingan sengit kepada powerhouse dunia lain.
Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina malah Malaysia antara negara yang diramal akan tersenarai dalam pusingan akhir esok.
Menerusi pusingan preliminary yang berlangsung pagi tadi (waktu Malaysia), setiap wakil negara akan memperagakan dres koktel sebagai sesi pengenalan, pakaian renang dan evening gown.
Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James tampil dengan dres koktel merah jambu dan swimsuit merah dengan penuh menyakinkan.
Lebih mencuri tumpuan apabila Frans muncul dengan secret gown rekaan Rizman Ruzaini pada pusingan akhir sebelum ke pentas final.
Dres monokrom ombre itu direka Rizman Ruzaini sekitar Ogos tahun lalu dengan mengadaptasi kisah Puteri Santubong & Puteri Sejinjang.
"Mengadaptasi kisah saga fairytale Puteri Santubong yang gemar menenun kain dan punya pekerti nian putih sebersih hatinya telah disumpah menjadi gunung yang gah di Sarawak selepas pergelutan dengan Puteri Sejinjang.
"Masih mengekalkan siluet sleek dan demure kepada gaun memandangkan ratu kita mempunyai aura eksotik yang tersendiri.
"Bunga Terung antara elemen Borneo yang disuntik dalam melakar corak ulangan cacahan tatu bersama siluet jam pasir pada gaun bustier yang dijahit tangan," demikian maklum Rizman Ruzaini melalui Instagram mereka.
Gempak turut tertawan dengan persembahan catwalk beberapa negara Asia lain seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Laos dan Filipina.
Terbukti di sini setiap negara semakin ke hadapan dan mengambil serius penyertaan Miss Universe saban tahun dengan menghantar wakil yang bersiap siaga untuk bertanding.
Saksikan pusingan akhir secara langsung dari Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Amerika Syarikat pada Isnin (17 Mei 2021) seawal pukul 8 pagi di saluran Foxlife dan platform rasmi YouTube Miss Universe!
Must-Watch Video