Hiburan
“Waktu Ni Usia Tiga Jam Lepas Bersalin” - Shukri Yahaya Pilih Nama Maleeq Miqayl Untuk Anak Kedua
Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan memilih nama yang cukup cantik buat anak keduanya iaitu Maleeq Miqayl.
Nama itu dikongsi oleh Tya menerusi posting terbaru di akauj Instagram miliknya.
Entri itu juga turut disertakan dengan video Maleeq selepas tiga jam dilahirkan.
“Nama saya Maleeq Miqayl. Video pertama tu saya baru sahaja berusia tiga jam je dekat dunia ni tau.
“Mummy bersalinkan saya normal 3.78 kg. Hari Isnin 20.07.2020 jam 2:18 pm.
“Masa nak bersalin tu saya ada buat gimil dalam bilik bersalin tau sampai doktor dan semua midwife cuak. Nakal kan saya?” tulisnya.
Terdahulu, Shukri telah mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, 4.