Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Waktu Tu Layan Tak Layan Je, Tapi..” - Facebook Jadi Saksi Pengenalan Syanie & Suami!

Hanafis Haris 05/03/2021 | 01:55 MYT

Pelakon, pelawak dan ahli perniagaan Syanie Hisham mendedahkan dia pengenalan dia dani suaminya bermula di Facebook (FB).

Menurut Syanie, dia mula berkenalan dengan Zahril Hafiz Mohammed Nor yang juga seorang perunding kewangan sejak tiga tahun lalu.

“Kalau ikutkan saya kenal suami di FB dah tiga tahun. Waktu mula-mula tu layan tak layan je.

“Rasa nak mesej, saya mesej, kalau tak, tak lah.

“Tapi pengenalan tu mula serius apabila saya berjumpa dengan dia atas sebuah urusan memandangkan dia adalah seorang perunding kewangan.

“Bila dah jumpa barulah kenal hati budi, baru tahu yang dia betul-betul nak dekat saya,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia telah serik untuk berumah tangga, Syanie menjelaskan jodoh pertemuan ditentukan Allah SWT.

“Itulah orang kata jangan cakap benda macam tu, jangan sebut.

“Jodoh pertemuan rahsia Allah SWT. Saya terbuka hati kerana suami seorang yang jujur dan ikhlas serta nampak usaha dia nak kenal dengan lebih dekat,” katanya.

Syanie berkata demikian ketika sesi temu bual bersama Gempak baru-baru ini.

Terdahulu, Syanie dan Zahril diijabkabul kira-kira jam 9 pagi, 19 Februari lalu.

Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Menurut Syanie, majlis itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.

BACA: Syanie Hisham Kahwin Kali Ketiga – “Keikhlasan Hati Dan Kejujuran Zahril Buka Hati Saya…”

A post shared by Syanie Hisham (@syanie_hisham)

Sekadar info, berkas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002.

Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.

#Kahwin #Suami #Syanie
;