Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Walau Jambu Tapi Darah Rockers Tu Ada" - Ewal Jadi Penyanyi Gantian Kristal

Amri Hassan 29/11/2019 | 07:47 MYT
Bintang Akademi Fantasia 2014, Ewal menyertai kumpulan Kristal sebagai penyanyi gantian selepas vokalisnya, Kecik meninggalkan kumpulan itu pertengahan November lalu.
Maklum Rody, pemilihan Ewal dirasakan tepat memandangkan berdasarkan latar belakangnya sebagai penyanyi dan anak kepada anggota kumpulan rock Wings.
"Ewal akan menjadi penyanyi gantian sementara untuk Kristal pada show akan datang.
"Walaupun nampak jambu mungkin darah rockers dari bapanya Mel (ex Wings) ada dalam dirinya.
"Insya-Allah tahun depan kemungkinan akan ada ujibakat dilakukan untuk mengisi kekosongan tempat penyanyi Kristal," kata Rody.

@ewalofficial akan menjadi penyanyi gantian sementara untuk @kristalband pada show akan datang.. walaupun nampak jambu mungkin darah rockers dari bapanya Mel ex wings ade dalam dirinya.. ? insyaallah tahun depan kemungkinan akan ada ujibakat dilakukan untuk mengisi kekosongan tempat penyanyi kristal.. ?

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on

Kumpulan Kristal kini hanya tinggal tiga ahli iaitu Rody (gitaris), Kecik Afifi (dram) dan Acap (bass) selepas Kecik membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu baru-baru ini.
Kecik mula menganggotai Kristal sejak Oktober 2018.
Sebelum ini, Kristal turut dianggotai Lan selaku vokalis namun telah mengundur diri pada November 2017.
#Penyanyi #Penyanyi #Ewal #Kristal
;