Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Walaupun Berlakon Dalam Produksi Bakal Mentua, Tak Ada Privilege Untuk Elisya Sandha! – Ini Antara Trivia Menarik Ratu Ten Pin

Fiza Kamarudin 08/07/2021 | 10:49 MYT

Selepas memasuki episod ke 7, drama Ratu Ten Pin telah menerima maklum balas yang baik daripada penonton.

Rata-rata memuji kehebatan para pelakonnya serta jalan cerita yang mengangkat tema sukan boling. Semestinya ia lain dari yang lain!
Drama bersiri ‘Ratu Ten Pin’ merupakan filem terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd. yang menampilkan Elisya Sandha, Syaidatul Afifah dan Fify Azmi selaku teraju utama.
Antara nama-nama besar lain yang membintangi drama menarik ini termasuklah Hazeeq Dean, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel dan Lisdawati.
Jom Gempak kongsikan trivia menarik mengenai drama Ratu Ten Pin:

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

1. Elisya Sandha tidak pernah diberikan layanan istimewa walaupun berlakon dalam produksi bakal mentua. Malah dia sering ditegur jika melakukan kesilapan di set!
2. Ratu tenpin boling negara yang juga merupakan bekas juara dunia, Shalin Zulkifli turut dilantik sebagai penasihat teknikal untuk drama ini agar dapat berkongsi kepakaran sekaligus memberi informasi yang lebih tepat berkenaan teknik sukan boling.
3. Shalin Zulkifli yang merupakan penasihat untuk drama ini turut berada di set sepanjang penggambaran berlangsung untuk memberi tunjuk ajar dan memantau barisan peserta daripada segi teknikal yang melibatkan cara bermain boling.
4. Menerusi drama ‘Ratu Ten Pin’, Elisya Sandha yang membawakan watak Norma, seorang pemain boling kebangsaan yang handal. Namun secara realiti, Elisya sebenarnya tidak pandai bermain boling!

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

5. Elisya yang tak berapa gemar sukan boling terus jatuh cinta selepas menjalani latihan demi latihan untuk drama ini! Tambah-tambah lagi Elisya sudah dapat menguasai skil dan teknik yang betul.
6. Mana tidaknya, Elisya sanggup mengupah jurulatih peribadi semata-mata untuk menjayakan wataknya sebagai pemain boling handalan.
7. Bagi memberikan kelainan daripada segi penampilan, Elisya sanggup memotong pendek rambutnya untuk menjayakan watak dalam drama ini.
8. Penggambaran drama ‘Ratu Ten Pin’ mengambil masa 45 hari untuk diselesaikan di sekitar Kuala Lumpur dan Rembau.

A post shared by Syaidatulafifah (@syaidatulafifah)

9. Drama ‘Ratu Ten Pin’ juga turut memilih lagu pembakar semangat kontinjen Malaysia di Sukan SEA ke-28 di Singapura iaitu lagu ‘Kuasa Juara’ dendangan KRU sebagai runut bunyi.
10. Lakonan pertama bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah.
11. Dalam masa yang sama, Afifah turut turun padang untuk melatih barisan pelakon berkenaan sukan boling sebelum penggambaran dijalankan.
12. Ini merupakan kali pertama Fify Azmi bekerjasama dengan produksi JS Pictures.
13. Cabaran buat Fify kerana terpaksa melakonkan watak Reezs, seorang tomboy dan berperwatakan kasar.
14. Fify terbawa-bawa karakter Reezs sehingga keluar set penggambaran!

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

Jangan lupa saksikan drama ‘Ratu Ten Pin’ yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Elisya Sandha #JS Pictures #COVID 19 #PKPD #PKP 3.0 #Ratu Ten Pin #Ratu Boling Negara
;